Followers

Thursday 16 December 2010

paintball

assalamualaikum

hehehe.sorry lah perkara ni dah lama berlalu tapi baru sekarang nak post
pada tarikh keramat 5 disember 2010 akhirnya budak 2cen berjaya merealisasikan impian untuk bermain paintball. selepas berhempas pulas bermeeting dan sebagainya, tempat untuk kami bermain telah diputuskan di Putra Paintball Park. dekat Kg Limau Manis.


pelajar cendekia yang terlibat hanya 8 orang -
  1. amir
  2. muqri
  3. syafiudin
  4. akmal
  5. anas
  6. afiq
  7. zaid
  8. hamizah
agenda pertama ialah mendengar briefing daripada adiman (orang yang arrangekan kami) dalam lima belas minit KOT.lepas tu kami dibenarkan untuk memilih team.disebabkan orang yang datang dalam nombor ganjil jadi 7 lawan 6. kitorang main guna package A iaitu rm 50 yang sepatutnya diberi 100 pellets seorang. tp disebabkan orang2 paintball tu bermurah hati, jadi kitorg dapat 200 pellets. semua orang2 paintball dimurahkan rezeki.amin..


he's the adiman

lepas tu start la main. mula2 kumpulan hitam menang dan selepas itu kumpulan hijau menang dan selepas itu hitam menang balik. tapi kesiannya kumpulan hijau tak boleh nak menang lagi sekali sebab ketandusan peluru.di akhir game semua dibenarkan untuk tembak sampai habis peluru walaupun diri dah di'out'kan. jadi,beruntunglah orang yang kedekutkan peluru.
perasaan masing2 memang gembira sangat2. rasa puas main. ada je yang tingkan kenangan pada badan sendiri-lebam. akan datang haapnya akan mendapat sambutan yang lebih hebat lagi insyaAllah tapi main benda lain la pulak.cari pengalaman lain.


kumpulan hitam


kumpulan hijau


permulaan game

* sorry aku seorang admin yang malas post benda.applause for iqbal a sebab rajin

Monday 13 December 2010

Balasan Bagi Orang Yang Amanah Dan Jujur

Daripada Abu Hurairah r.a.bahawasanya Rasulullah s.a.w menyebut seorang lelaki daripada Bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar. lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini." Dia menjawab,"Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku.!." Orang itu berkata" Datangkanlah seorang penjamin yang menjamin pinjamanmu" Peminjam itu menjawab," Memadailah Allah s.w.t. sebagai penjaminku". Akhirnya kawan itu pun berkata, "Engkau benar!"
  Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam jangka waktu yang telah ditentukan. Tidak lama kemudian , orang yang berhutang itu pun berlayar untuk suatu keperluan. Apabila sampai tempoh masa yang dijanjikan untuk membayar hutang, dia mencari kapal yang dapat menghantarnya pulang ke tempat asalnya untuk menjelaskan hutangnya itu, tetapi gagal.
  Maka dia pun mengambil sebatang kayu yang besar lantas menebuk lubang padanya. Dia memasukkan wang 1000 dinar ke dalam lubang tersebut berserta surat kepada kawan yang memberi pinjaman itu. lalu ia meratakan kembali kayu itu dan memperbaiki keadaannya.
Selanjutnya, ia pergi ke laut seraya berkata;" Ya Allah, sungguh engkau telah mengetahui bahawa aku meminjam wang kepada sahabatku sebanyak 1000 dinar.Dia meminta kepadaku seorang saksi maka aku katakan "cukuplah Allah sebagai saksi!". Dan dia meminta kepadaku seorang penjamin maka aku katakan " Cukuplah Allah sebagai penjamin". Kemudia dia berpuas hati dan yakin dengan janjiku itu. Aku telah berusaha keras mencari kapal untuk mengirimkan kepadanya wang yang telah aku pinjam, tetapi aku tidak mendapat kapal untuk menghantarku pulang...Kerana itu,aku kirimkan wang itu kepada-Mu". lalu dia Melemparkan nya ke laut dan pulang.
   Sahabat yang memberi hutang itu telah keluar untuk menunggu kedatangan kapal yang disangkanya membawa peminjam itu. Dia pun keluar rumah untuk melihat-lihat barangkali ada kapal yang membawa wang untuknya. Tiba di tepi laut,dia menemui sebatang kayu.Ia lalu mengambilnya untuk keperluan isterinya. Namun ketika ia membelah kayu itu,ia mendapati wang yang dipinjamkan itu berserta dengan sepucuk surat.
Selang beberapa waktu,datanglah orang yang berhutang dengan membawa 1000 dinar kepada sahabatnya. Beliau berkata," Demi Allah ,baru hari ini aku dapat menaiki kapal yang membawaku pulang setelah sekian lama menanti-nanti rombongan untuk kutumpangi." Orang yang memberinya hutang itu menjawab," Bukankah engkau telah mengirimkan wang itu melaui sesuatu?" Dia menjawab," Memang aku telah memberitahu kepadamu bahawa aku tidak dapat pulang sebelum ini." Orang yang memberi hutang itu berkata."Sesunggunya Allah telah  menunaikan apa yang engkau kirimkan kepadaku melalui kayu. Bawalah kembali wang 1000 dinarmu ,moga Allah melimpahimu dengan keberkatan."

Sunday 12 December 2010

Diampun Dosa Kerana Seekor Anjing

 Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa rasulullah s.a.w bersabda," Ketika seorang lelaki dalam perjalanan, ia berasa dahaga. lantas ia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam, lalu meminum air di dalamnya. Setelah Dia keluar, didapatinya seekor anjing di tepi telaga sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembap kerana kehausan. Orang itu berkata "Anjing ini merasakan apa yang baru saya rasakan". Kemudian ia kembali turun ke dalam dasar telaga itu semula untuk mengambil air. Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawanya naik dengan menggigit kasut itu. Sesampai di atas, ia memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatan itu, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."
  Para sahabat bertanya," Wahai Rasulullah,adakah jika kami mengasihi haiwan,kami juga mendapat pahala?" . Baginda bersabda "Berbuat baik kepada setiap makhluk pasti akan mendapat pahala."
Nantikan Kisah seterusnya....

Monday 6 December 2010

Persediaan Bagi Tahun Baru 2011

  Assalamulaikum.. Selamat Tahun Baru Hijrah (Maghrib 6.12.2010) dan Masihi (12.00 am 01.01.2011) kepada semua pembaca blog ini.. Bersempena dengan kedatangan tahun baru ini, Nama blog ini juga telah ditukar daripada "Cendekia World 2010" kepada "Cendekia World 2011".. Cadangan nama blog ini juga masih dibuka. Sesiapa dikalangan pembaca blog ini yang mempunyai cadangan, boleh dikemukakan.

  2011, merupakan tahun yang penting bagi pelajar 3 cendekia dan juga pelajar-pelajar lain di semua sekolah di Malaysia samada sekolah di bandar mahupun luar bandar. Masing-masing sedia maklum bahawa tahun ini bakal mencorak masa depan mereka.Tahun inilah akan berlansungnya PMR!! haha..Get yourself prepared supaya tidak menyesal di kemudian hari. Disini juga diingatkan bahawa terdapat satu lagi ujian

yang perlu kita duduki dalam masa terdekat ini iaitu Ujian Diagnostik yang akan 
dijalankan pada bulan Januari/Februari 2011*. Jadi, dalam tempoh cuti sekolah yang agak panjang ini, ulangkajilah pelajaran tingkatan 1 & 2 kerana ia merangkumi 60%-65% soalan PMR sebenar. Sebelum itu jangan lupa untuk mengmbil slip peperiksaan akhir tahun 2010 anda di Pejabat SMK Jalan Empat bermula 16 Disember 2010. Semoga anda semua memperoleh keputusan yang diharapkan dan setimpal dengan usaha yang telah kita lakukan. Yang selebihnya, bertawakkallah kepada Allah yang maha Esa.  Sehingga bertemu lagi, assalamualaikum.



Categories