Followers

Saturday 26 February 2011

SBT JESS (Jalan Empat Secondary School) di dada akhbar

Seperti yang telah dipostkan dlm post yg terdahulu iaitu ; SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT), SMK Jalan Empat telah dinobatkan sebagai sbt. Maka, Majlis Sambutan telah diadakan pada 21 Februari 2011. Laporan penuh boleh dilihat di sini Laman Web Jln 4. Semasa Majlis itu berlansung, wartawan akhbar Sinar turut serta dlm Majlis tersebut. Berikut ialah keratan akhbar tentang majlis perasmian SBT itu.



Ahli Lintas Hormat yang terdiri daripada wakil unit-unit beruniform yang terdapat di SMK Jalan Empat
  • Klik pada gambar untuk melihatnya pada saiz penuh

Gambar-gambar selanjutnya boleh dilihat di di link di bawah:


Tuesday 22 February 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

 Semalam, dengan jayanya telah diadakan " Majlis Perasmian Sekolah Berprestasi Tinggi SMK Jalan Empat . Ia merupakan salah satu daripada 23 buah sekolah yang telah diiktiraf menjadi SBT pada tahun ini. Sekolah-sekolah tersebut ialah :



  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  15. SK Convent Muar, Johor
  16. SK Seri Biram, Pahang
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu
  21. SK Jalan Tiga, Selangor
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua warga JESS yang telah menyumbang bakti dalam mengejar pengiktirafan ini.Terdapat banyak kelebihan SBT seperti memperoleh peruntukan sebanyak RM 700,000 dan lain2.


Sunday 13 February 2011

Tips Cemerlang Bahasa Arab

1- Perbetulkan niat kerana Allah. untuk memahami isi kandungan al-Quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.

2- Sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari. Pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat dan zikir. Bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui makna kalimah-kalimah. Lagi banyak pahala yang anda dapat bila membaca al-Quran dengan diketahui maknanya.

3- Memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. Jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.

4-Ulangkaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk menambahkan kefahaman. Jangan menangguh-nangguhkan ulangkali tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.

5- Sentiasa berfikir makna perkataan dalam Bahasa Arab terhadap perkara yang dilihat di depan mata. Sekiranya gagal atau tidak mengetahui, sila rujuk kawan atau kamus.

6- Gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam percakapan seharian untuk kemahiran bertutur sebagai persiapan ujian lisan. Ketepikan sifat malu dan segan!

7- Sentiasa merujuk kamus bila berjumpa perkataan baru. Sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.

8- Tampal perkataan-perkataan penting beserta maknanya di tempat yang biasa dilihat sama ada di depan meja ‘study’ dan sebagainya.

9- Menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.

10- Menyemak kembali hafalan lama(refresh) agar tidak lupa.

11-Hafal karangan sehingga mantap kemudian cuba menulisnya tanpa melihat teks. Buat berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang kesalahan.

12- Perbanyakan latihan dan latih tubi terutama soalan nahu/qawaid. Perhatikan kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

13- Kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Cara ini terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah terutama untuk memperkayakan tharwah.

Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun. Begitu juga Bahasa Arab yang merupakan subjek bahasa asing. Hanya pelajar yang istiqamah dan komited sahaja yang mampu mengambil subjek ini.

insyaAllah kita akan buktikan yang Bahasa Arab bukan the killer subject


*tekan tajuk untuk ke sumber

Tuesday 8 February 2011

Nostalgia 2009

   Ni mase tahun 2009..Mse fisrt year kita belajar kat sini. tahun dimana kita berada di sesi petang..tahun dimana kita baru mula mengenali antara satu sama lain..tahun di mana kita menjuarai Choral Speaking..Tahun dimana kita berelex2..Tahun dimana kita berjaya mengutip untung yang banyak semasa Hari koko...bersama cikgu yg sporting.spt,cG RoS,..Harap beliau sihat sekarang...
Marilah kita lihat balik gambar2 lama ini..

Koop  Lame 2009


Dataran tanpa bumbung gergasi


padang tanpa susur gajah ditepi


Kelas 1 dan 2 Cendekia..rinduu


Scenery from klas cendekia 2009


Tangga Sri Putra


Semangat cendekia!!!!






Monday 7 February 2011

Categories