Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa rasulullah s.a.w bersabda," Ketika seorang lelaki dalam perjalanan, ia berasa dahaga. lantas ia masuk ke dalam sebuah telaga yang dalam, lalu meminum air di dalamnya. Setelah Dia keluar, didapatinya seekor anjing di tepi telaga sedang menjelirkan lidahnya dan menjilat-jilat tanah lembap kerana kehausan. Orang itu berkata "Anjing ini merasakan apa yang baru saya rasakan". Kemudian ia kembali turun ke dalam dasar telaga itu semula untuk mengambil air. Dia telah mengisi kasutnya dengan air lalu membawanya naik dengan menggigit kasut itu. Sesampai di atas, ia memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatan itu, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."
Para sahabat bertanya," Wahai Rasulullah,adakah jika kami mengasihi haiwan,kami juga mendapat pahala?" . Baginda bersabda "Berbuat baik kepada setiap makhluk pasti akan mendapat pahala."
Nantikan Kisah seterusnya....
No comments:
Post a Comment