1- Perbetulkan niat kerana Allah. untuk memahami isi kandungan al-Quran, menghayati hadis rasulullah saw dan mendalami ilmu syariah.
2- Sentiasa menjaga solat, berzikir dan membaca al-quran setiap hari. Pelajari dan kuasai makna perkataan dalam solat dan zikir. Bacalah al-Quran terjemahan untuk mengetahui makna kalimah-kalimah. Lagi banyak pahala yang anda dapat bila membaca al-Quran dengan diketahui maknanya.
3- Memberi perhatian kepada penerangan guru dan mencatat segala maklumat yang diberikan. Jangan hanya menjadi seorang pendengar semata-mata.
4-Ulangkaji tajuk yang dipelajari pada hari yang sama untuk menambahkan kefahaman. Jangan menangguh-nangguhkan ulangkali tersebut kerana sifat manusia mudah lupa.
5- Sentiasa berfikir makna perkataan dalam Bahasa Arab terhadap perkara yang dilihat di depan mata. Sekiranya gagal atau tidak mengetahui, sila rujuk kawan atau kamus.
6- Gunakan ucapan dan ungkapan yang biasa digunakan dalam percakapan seharian untuk kemahiran bertutur sebagai persiapan ujian lisan. Ketepikan sifat malu dan segan!
7- Sentiasa merujuk kamus bila berjumpa perkataan baru. Sediakan juga buku catatan peribadi untuk mencatat perkataan baru yang belum diketahui.
8- Tampal perkataan-perkataan penting beserta maknanya di tempat yang biasa dilihat sama ada di depan meja ‘study’ dan sebagainya.
9- Menghafaz perkataan baru sehingga benar-benar mengingatinya.
10- Menyemak kembali hafalan lama(refresh) agar tidak lupa.
11-Hafal karangan sehingga mantap kemudian cuba menulisnya tanpa melihat teks. Buat berulang kali sehingga jawapan anda tiada sebarang kesalahan.
12- Perbanyakan latihan dan latih tubi terutama soalan nahu/qawaid. Perhatikan kesalahan-kesalahan agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.
13- Kerap mengadakan perbincangan dalam kumpulan. Cara ini terbukti lebih mudah untuk mengingati kalimah terutama untuk memperkayakan tharwah.
Tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan dalam apa bidang sekalipun. Begitu juga Bahasa Arab yang merupakan subjek bahasa asing. Hanya pelajar yang istiqamah dan komited sahaja yang mampu mengambil subjek ini.
insyaAllah kita akan buktikan yang Bahasa Arab bukan the killer subject
insyaAllah kita akan buktikan yang Bahasa Arab bukan the killer subject
*tekan tajuk untuk ke sumber
No comments:
Post a Comment