Followers

Tuesday, 8 June 2010

Tentang kelas tambahan...

Ok,kite terpaksa mulakan terus dengan kelas tambahan walaupun cat surau adalah aktiviti pertama sebab admin lagi satu (u know who) gi makan dgn 2 org perempuan. Tak jadi fitnah an sebab ade dua org bukannya berdua-duaan. (Jahatnye aq)... Pada mulanya kat kelas 2 Dedikasi tak ade cikgu disebabkan salah faham tentang masa kelas. So,murid-murid kelas 2 Cendekia yang datang dengan harapan untuk belajar arab agak gelisah...(bak kate admin yg 'out station' tadi) tapi ade gak yg bercakap-cakap dan bising tak tentu hala sampai ade org kat belakang kelas yg tergelak sampai bunyinya...masyaAllah... Punyalah lame tunggu akhirnya ustazah sampai. Dengan spontannya semua org dalam kelas terkesima. Awal-awal belajar agak rileks dan ustazah pun suruh cari artikel arab untuk diletakkan di meja kantin. Ni dikira assignment gak la untuk kitorang... Then,ustazah ade bagi paper untuk kitorang jawab, pada mulanya kitorang pikir senang but ramai gak yg tak boleh buat...Ade gak soalan keempat kitorang tu ustazah tanya tapi tak ade sorang pun yang tau. Last2, murid perempuan gak yang dapat jawab. P.S : Sebenarnya yang ustazah tanya pasal soalan tu semua perempuan.*huh*. Disebabkan ramai yang tak dapat menjawab, terimalah kitorang sedikit tazkirah daripada ustazah (ok gak sebab jumaat dan ahad minggu lepas ustaz aq tak buat usrah).
Antaranya :
1 . Jangan bermain-main ketika belajar kerana sekarang sudah pra-PMR.
2 . Belajar elok-elok. Perbanyakkan kosa kata arab.
3 . Jangan couple. Ustazah kata bahawa ustazah tahu yg sekarang kitorang sudah remaja dan ada perasaan  untuk ingin dicinta dan mencintai tapi sabarlah kerana sekarang masa untuk memantapkan ilmu di dada (ayat ditambah).
Sekian coretan tentang kelas tambahan. Nantikan laporan tentang kami mengecat surau daripada admin yang lagi satu pada..... malam nanti kot.

No comments:

Post a Comment

Categories