Followers

Monday 13 December 2010

Balasan Bagi Orang Yang Amanah Dan Jujur

Daripada Abu Hurairah r.a.bahawasanya Rasulullah s.a.w menyebut seorang lelaki daripada Bani Israel telah meminta bantuan kawannya agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar. lalu kawannya berkata "Bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan hutangmu ini." Dia menjawab,"Cukuplah Allah sebagai saksi bagiku.!." Orang itu berkata" Datangkanlah seorang penjamin yang menjamin pinjamanmu" Peminjam itu menjawab," Memadailah Allah s.w.t. sebagai penjaminku". Akhirnya kawan itu pun berkata, "Engkau benar!"
  Maka wang itu diberikan kepadanya dengan janji dibayar balik dalam jangka waktu yang telah ditentukan. Tidak lama kemudian , orang yang berhutang itu pun berlayar untuk suatu keperluan. Apabila sampai tempoh masa yang dijanjikan untuk membayar hutang, dia mencari kapal yang dapat menghantarnya pulang ke tempat asalnya untuk menjelaskan hutangnya itu, tetapi gagal.
  Maka dia pun mengambil sebatang kayu yang besar lantas menebuk lubang padanya. Dia memasukkan wang 1000 dinar ke dalam lubang tersebut berserta surat kepada kawan yang memberi pinjaman itu. lalu ia meratakan kembali kayu itu dan memperbaiki keadaannya.
Selanjutnya, ia pergi ke laut seraya berkata;" Ya Allah, sungguh engkau telah mengetahui bahawa aku meminjam wang kepada sahabatku sebanyak 1000 dinar.Dia meminta kepadaku seorang saksi maka aku katakan "cukuplah Allah sebagai saksi!". Dan dia meminta kepadaku seorang penjamin maka aku katakan " Cukuplah Allah sebagai penjamin". Kemudia dia berpuas hati dan yakin dengan janjiku itu. Aku telah berusaha keras mencari kapal untuk mengirimkan kepadanya wang yang telah aku pinjam, tetapi aku tidak mendapat kapal untuk menghantarku pulang...Kerana itu,aku kirimkan wang itu kepada-Mu". lalu dia Melemparkan nya ke laut dan pulang.
   Sahabat yang memberi hutang itu telah keluar untuk menunggu kedatangan kapal yang disangkanya membawa peminjam itu. Dia pun keluar rumah untuk melihat-lihat barangkali ada kapal yang membawa wang untuknya. Tiba di tepi laut,dia menemui sebatang kayu.Ia lalu mengambilnya untuk keperluan isterinya. Namun ketika ia membelah kayu itu,ia mendapati wang yang dipinjamkan itu berserta dengan sepucuk surat.
Selang beberapa waktu,datanglah orang yang berhutang dengan membawa 1000 dinar kepada sahabatnya. Beliau berkata," Demi Allah ,baru hari ini aku dapat menaiki kapal yang membawaku pulang setelah sekian lama menanti-nanti rombongan untuk kutumpangi." Orang yang memberinya hutang itu menjawab," Bukankah engkau telah mengirimkan wang itu melaui sesuatu?" Dia menjawab," Memang aku telah memberitahu kepadamu bahawa aku tidak dapat pulang sebelum ini." Orang yang memberi hutang itu berkata."Sesunggunya Allah telah  menunaikan apa yang engkau kirimkan kepadaku melalui kayu. Bawalah kembali wang 1000 dinarmu ,moga Allah melimpahimu dengan keberkatan."

No comments:

Post a Comment

Categories