Followers

Monday 6 December 2010

Persediaan Bagi Tahun Baru 2011

  Assalamulaikum.. Selamat Tahun Baru Hijrah (Maghrib 6.12.2010) dan Masihi (12.00 am 01.01.2011) kepada semua pembaca blog ini.. Bersempena dengan kedatangan tahun baru ini, Nama blog ini juga telah ditukar daripada "Cendekia World 2010" kepada "Cendekia World 2011".. Cadangan nama blog ini juga masih dibuka. Sesiapa dikalangan pembaca blog ini yang mempunyai cadangan, boleh dikemukakan.

  2011, merupakan tahun yang penting bagi pelajar 3 cendekia dan juga pelajar-pelajar lain di semua sekolah di Malaysia samada sekolah di bandar mahupun luar bandar. Masing-masing sedia maklum bahawa tahun ini bakal mencorak masa depan mereka.Tahun inilah akan berlansungnya PMR!! haha..Get yourself prepared supaya tidak menyesal di kemudian hari. Disini juga diingatkan bahawa terdapat satu lagi ujian

yang perlu kita duduki dalam masa terdekat ini iaitu Ujian Diagnostik yang akan 
dijalankan pada bulan Januari/Februari 2011*. Jadi, dalam tempoh cuti sekolah yang agak panjang ini, ulangkajilah pelajaran tingkatan 1 & 2 kerana ia merangkumi 60%-65% soalan PMR sebenar. Sebelum itu jangan lupa untuk mengmbil slip peperiksaan akhir tahun 2010 anda di Pejabat SMK Jalan Empat bermula 16 Disember 2010. Semoga anda semua memperoleh keputusan yang diharapkan dan setimpal dengan usaha yang telah kita lakukan. Yang selebihnya, bertawakkallah kepada Allah yang maha Esa.  Sehingga bertemu lagi, assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment

Categories